Friday, November 26, 2010

Sumbangan Tunku Abdul Rahman

          
            Sepanjang penglibatan Tunku Abdul Rahman dalam bidang politik,beliau banyak memberi sumbangan kepada bangsa dan negara.Beliau merupakan pembina bangsa dan cuba menyatupadukan rakyat Tanah Melayu yang berbilang kaum untuk menentang kerajaan British dan menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu.Demi perpaduan orang melayu,beliau sanggup menyuarakan bantahan terhadap Malayan union dan menghadiri perjumpaan-perjumpaan menentang Malayan Union di Alor Setar serta mengorbankan kerjayanya untuk mengambil alih teraju kepimpinan UMNO.Sebagai seorang tokoh yang berjaya,beliau turut dikenal sebagai bapa keamanan dan perpaduan kerana sikapnya yang cintakan keamanan dan perpaduan.Beliau sanggup menerima sebarang halangan dan cabaran demi perpaduan negara.Sebagai contoh,pada tahun 1955,Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri telah mewakili kerajaan British untuk menghadiri Rundingan Baling yang dianjurkan oleh pihak parti Komunis Malaya.Walaupun rundingan ini gagal,tetapi telah berjaya mencipta imej beliau sebagai pencinta kedamaian.                     
           Tunku Abdul Rahman akhirnya membuktikan beliau sebagai pemimpin Malaysia yang paling berjaya apabila beliau berjaya menyatukan rakyat Malaysia dan mencapai kemerdekaan bagi Tanah Melayu.Kejayaan beliau menunjukkan beliau sanggup berkorban untuk negara demi menyelesaikan masalah politik negara.Sumbangan beliau merupakan suatu pengorbanan yang tidak terkata nilainya dalam sejarah politik negara.
           Tunku Abdul Rahman banyak memberi sumbangan terhadap perkembangan agama Islam.Beliau banyak melibatkan diri dengan usaha-usaha mengasas pertandingan menbaca al-Quran.Beliau pernah menjadi Presiden PertubuhanKebajikan Islam Malaysia(PERKIM) apabila persatuan itu ditubuhkan pada 20 Ogos 1960.Atas kebolehan dan daya usaha gigihnya,beliau berjaya meletakkan PERKIM sebagai sebuah pertubuhan yang terkemuka yang dan dihormati oleh semua negara Islam.Beliau talah dilantik sebagai Setiausaha Agung Sekreteriat Negara-negara islam di Jeddah yang pertama pada 9 Jun 1970.Di bawah pimpinan beliau,pertubuhan ini berjaya menark lebih 41 buah negara Islam menyertainya.Selepas bersara,beliau masih aktif dalam menyumbangkan tenaga demi perkembangan islam.Pada 18 januari 1980,Beliau telah dilantik menjadi Presiden Regional Islamic Council for Southeast Asia and The Pacific(RISEAP) yang pertama oleh perwakilan di persidangan Negara-Negara Islam.
             Segala jasa dan sumbangan yang beliau curahkan akhirnya membolehkan beliau mendapat penghargaan dari negara Pakistan dengan Anugerah hadiah Hijrah padabulan MAC 1983,dan Anugerah AL-Malik Faisal dari negara Arab Saudi pada tahun yang sama.
            Tunku Abdul Rahman adalah seorang pejuang islam yang sangat berjaya.Taraf beliau selaku tunggak atau teraju utama sudah mampu membuktikan betapa berat tugas dan tanggungjawabnya.Dari sini,beliau telah banyak membawa manfaat pada perkembangan Islam.
            Tunku Abdul Rahman adalah seorang pejuang kemanusiaan yang tulen.Beliau juga seorang putera yang berjiwa rakyat.Ini terbukti apabila beliau sanggup menghantar misi pendamai dan keamanan ke Congo,Afrika yang dilanda peperangan saudara pada tahun 1961.Sebagai pemimpin PERKIM,beliau berusaha memberi bantuan kepada pelarian Kemboja yang memasuki Malaysia melalui kelantan pada tahun 1975.Dengan bantuan Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu,beliau menempatkan seramai 4,5000 orang pelarian di Pangkalan Chepa dan Cherating.Beliau telah membenarkan PERKIM cawangan kedah Darul Aman untuk menggunakan tanah kepunyaannya bagi mendirikan rumah anak-anak yatim dan orang-orang tua.Bangunan ini kemudian diberi namaDarul Aitam Wal Masakin Tunku Abdul Rahman Putra.
             Tunku Abdul Rahman memang terkenal sebagai dermawan bukan sahaja di tanah airnya malah di kalangan negara-negara yang lain.Jelas terbukti bahawa beliau adalah seorang insan yang humanis.Beliau senantiasa bersedia untuk memberi bantuan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa,agama,dan negara.Jasa dan usaha beliau yang tidak kenal putus asa akan senantiasa dikenang oleh semua rakyat Malaysia selama-lamanya.





No comments:

Post a Comment