Friday, November 26, 2010

Pengajian Perniagaan2(Bab 5 Etika dan Tanggungjawab sosial)

5.1              Definisi
A         Etika secara Umum
  Etika

  Moral

  Etika deskriptif

  Etika normatif

  Etika perniagaan

  Etika kerja


B         Tanggungjawab Sosial
Maksud tanggungjawab sosial



5.2              Perniagaan dan Masyarakat
A         Pihak Berkepentingan
  Syarikat atau entiti perniagaannya

  Pembekal

  Pelanggan, pengguna atau pembeli

  Kerajaan

  Pekerja

  Masyarakat

  Pemegang saham syarikat


B         Tanggungjawab Sosial Lawan Untung
  Amoral


C         Perbandingan Pendekatan antara Barat dan Timur tentang Etika dan Tanggungjawab Sosial Perniagaan
  Hubungan manusia dengan manusia

  Hubungan manusia dengan Tuhan

  Hubungan manusia dengan alam sekitar




5.3              Tanggungjawab Sosial
A         Definisi
  Tanggungjawab sosial


B         Warga Korporat
  Warga korporat

  Ciri-ciri sesebuah syarikat



5.4              Kepenggunaan
  Definisi

  Hak-hak penjual

  Hak-hak pengguna

  Teori-teori liabiliti
·        Teori ‘Due Care’ atau Teori Berhati-hati
·        Teori kontrak
·        Teori ‘Strict Liability’

  Peranan persatuan pengguna

  Hak-hak yang diperjuangkan oleh persatuan pengguna

  Amalan etika peniaga terhadap pelanggan

  Amalan etika peniaga terhadap pembekal

  Amalan etika peniaga terhadap pekerja

  Amalan etika peniaga terhadap pemodal

  Amalan etika peniaga terhadap kerajaan

  Amalan etika peniaga terhadap masyarakat

  Peranan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

  Better Business Bureau



5.5              Jenayah Kolar Putih
A         Definisi
  Jenayah kolar putih

  Enam elemen penting

  Teori punca berlaku jenayah kolar putih
·        Teori perbezaan pertubuhan
·        Teori masalah yang tidak boleh dikongsi
·        Teori anomi
·        Teori yang menentukan pengurusan prinsip

  Faktor berlakunya jenayah kolar putih
·        Situasi
·        Peluang
·        Personaliti

  Teknik neutralisasi


B         Rasuah
  Definisi

  Ciri-ciri utama rasuah

  Punca-punca rasuah

  Kesan rasuah kepada rakyat dan negara

  Tindakan untuk mencegah rasuah

  Hukuman


C         Penyelewengan Aset Syarikat
  Penyelewengan wang syarikat

  Penyelewengan maklumat syarikat

  Penyelewengan peralatan dan kemudahan syarikat


D         Pecah Amanah
  Definisi


E          Konflik Kepentingan
  Definisi

  Sebab wujudnya percanggahan kepentingan


F          Penyalahgunaan Kuasa
  Definisi


G         Jenayah Kolar Putih di bawah Akta Syarikat 1965

Pengajian Perniagaan2(Bab 6 Kemahiran Komunikasi)

6.1              Definisi dan Proses
►  Definisi

►  Proses
·        Penghantar
·        Enkod
·        Mesej
·        Penerima
·        Dekod
·        Maklum balas
·        Gangguan



6.2              Bentuk Komunikasi
A         Bentuk Komunikasi
►  Komunikasi menegak

►  Komunikasi mendatar

►  Komunikasi melintang


B         Komunikasi Sehala
►  Komunikasi dari atas ke bawah

►  Komunikasi dari bawah ke atas


C         Komunikasi Dua Hala
► 



6.3              Komunikasi Lisan dan Bukan Lisan
A         Perbezaan antara Komunikasi Lisan dengan Komunikasi Bukan Lisan
►  Komunikasi lisan

►  Komunikasi bukan lisan

►  Kebaikan komunikasi lisan

►  Keburukan komunikasi lisan

►  Kebaikan komunikasi bukan lisan

►  Keburukan komunikasi bukan lisan


B         Komunikasi Lisan
►  Perbincangan

►  Ucapan

►  Pembentangan

►  Mesyuarat

►  Perbualan telefon


C         Komunikasi Bertulis
►  Pengenalan

►  Jenis komunikasi bertulis
·        Memorandum
·        Surat-menyurat
·        Laporan bertulis
·        E-mel


D         Bahasa Badan
►  Definisi

►  Jenis bahasa badan




6.4              Media Komunikasi
A         Media Persendirian
► 


B         Media Massa
►  Media cetak

►  Media elektronik



6.5              Komunikasi Berkesan
A         Prinsip Komunikasi
► 


B         Kemahiran Mendengar
►  Tujuan mendengar

►  Proses pendengaran

►  Panduan pendengaran

►  Teknik mendengar yang berkesan



6.6              Kemahiran Berunding
A         Definisi Berunding/ Perundingan
►  Definisi berunding  

►  Pendekatan dalam merunding

►  Proses perundingan


B         Prinsip-prinsip Berunding dan Berinteraksi secara Berkesan
►  Responsif

►  Bersopan

►  Saling membantu



6.7              Halangan dan Rintangan Komunikasi
►  Halangan fizikal

  Halangan psikologikal

►  Halangan sosiologikal

►  Halangan semantik/ bahasa

Perbandaran

{     Menurut  M.A.J. Beg, terdapat tiga factor yang mendorong kemunculan Bandar, iaitu:
a)                 Keadaan ekologiyang sesuai untuk kegiatan pertanian dan penternakan.
b)                 Perkembangan dalam teknologi pengairan, pertanian dan penternakan.
c)                  Kemunculan organisasi social yang kompleks di bawah ketua tempatan atau raja.


Ciri-ciri Tamadun China
{     Bandar-bandar di china mempunyai beberapa cirri penting, iaitu:
a)                 Tembok pertahanan untuk menghadapi serangan musuh, mengelakkan binatang buas memasuki kawasan bandar serta bagi menyimpan khazanah berharga seperti gangsa, emas, jed dan makanan.
b)                 Pintu masuk dengan menara kawalan di sekeliling tembok.
c)                  Mempunyai kemudahan bagi pengaliran bekalan air.
d)                 Pembinaan Bandar berdasarkan Pelan Grid.
                                           I.      Bandar-bandar ini juga mempunyai tembok segi empat tepat.
                                        II.      Bandar terbahagi kepada unit-unit kecil yang terdiri daripada kawasankediaman.




Bandar-bandar Utama
   Perkembangan dan kemajuan berasaskan pertanian dalam tamadun shng membawa kepada kemunculan Bandar-bandardi china.
  Antara Bandar-bandar muncul termasuklah Anyang,Luoyang dan Zhengzhou.
  Bandar- Bandar ini pernah menjadi ibu kota Dinasti Shang.


Penemuan Arkeologi
        Terdapat makam diraja,kuil,pusat pentadbiran, tapak-tapak bangunan dan senjata gangsa.
        Bandar ini dilengkapi dengan tembok untuk menghalang serangan musuh.
        Di Bandar Luoyang dijumpai tulang-tulang binatang dan tulang manusis.



Pintu-pintu Masuk
  Pintu-pintu dibina di sekeliling tembok pada jarak tertentu bertujuan memudahkan pengawalan dan pengunjung untuk keluar masuk
  Disetiap pintu masuk terdapat menara yang tinggi di kedua-dua belah tembok untuk mengawasi keselamatan di istana.




Tembok-tembok yang Ditembusi
  Tembok-tembok ditembusi bagi menyediakan laluan untuk saluran bekalan air yang diperoleh dari kawasan bukit atau gunung atau kawasan tinggi buatan manusia.



Tembok Besar China
        Tembok besar china ini dibina sejak zaman Dinasti Chou dan telah diteruskan oleh dinasti berikutnya.
        Tembok ini dibina sepanjang1500 batu dari Kansu ke Peking.
        Fungsinya adalah untuk mempertahankan wilayahnya daripada serangan orang Hun (nomad).



                                                                                          







:

Latar Belakang Tunku Abdul Rahman




      Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan seorang putera raja yang telah menyalurkan tenaganya ke arah
mencapai kemerdekaan dan keharmonian Negara.Beliau lahir pada 8 Februari 1903 di Istana Tingkat Tiga,alor setar,kedah.Beliau merupakan putera Sultan Abdul Halim Halimshah Sultan Kedah yang ke-24.Ketika itu Kedah adalah sebuah negeri dibawah naungan Siam.Beliau adalah anakanda kepada Sultan Kedah,Sultan Abdul Hamid Shah.Ibunya bernama Cik Manjalarn,merupakan seorang puteri Ketua Negeri Mataban iaitu jajahan Siam.Penglibatan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam parti UMNO membawa kepada perlantikan sebagai Perdana Menteri pertama selepas kemerdekaan dari 1957 hinggalah beliau bersara pada tahun 1970.

       Pendidikan formal Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bermula ketika 6 tahun di Sekolah Melayu dan seterusnya di Sekolah Inggeris Kerajaan yang kini dikenali sebagai kolej Sultan Abdul Halim.Kemudian Tunku Abdul Rahman dihantar belajar di Siam iaitu Sekolah Debsirinder,Bangkok ketika berusia 12 tahun.Apabila kekandanya Tunku Yusuf yang menjaganya di Bangkok telah mangkat,beliau berpindah ke Penang Free School,Pulau Pinang pada tahun 1915.Pada tahun 1919, Tunku Abdul Rahman telah dikurniakan hadiah pelajaran negeri Kedah untuk ke England dan beliau telah menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera [sejarah] dari St Catherine’s College Universiti,Cambridge pada tahun 1925. Tunku Abdul Rahman dianggap anak melayu pertama lulus Universiti di England.

      Selepas itu, Tunku Abdul Rahman meneruskan pengajiannya dalam bidang perundangan di Luner Temple,England.Semasa berada di situ,beliau terasa dengan pandangan penjajah terhadap bangsa yang dijajah.Pandangan rendah mereka terhadap bangsa yang dijajah ini mendorongnya penubuhan “Persatuan Anak-Anak Melayu Great Britain” pada tahun 1927.Persatuan ini bertujuan untuk menyatupadukan pelajar-pelajar Melayu di sana serta menyemaikan semangat kemerdekaan.Beliau juga telah menyertai “Majlis” iaitu sebuah persatuan pelajar India-Muslim yang melaung-laungkan sentiment anti penjajah British.Di sinilah beliau mula berjinak dalam bidang politik apabila menubuhkan Kesatuan Melayu Great Britian dan beliau juga menjadi setiausaha yang pertama.Walaubagaimanapun,beliau gagal dan pulang ke tanah air.

      Sekembalinya ke tanah air pada tahun 1931,beliau memasuki Perkhidmatan Awam Negeri Kedah dan pernah berkhidmat sebagai Pegawai Daerah di beberapa tempat iaitu di Kula Muda,Padang Terap,Kuala Nerang,Pulau Langkawi dan Kulim.Pada tahun 1938,sekali lagi beliau mengikut khusus undang-undang namun pengajiannya terbantut apabila meletusnya Perang Dunia ke-2. Tunku Abdul Rahman kembali ke tanah air dan bergiat cergas dalam SABERKAS.SABERKAS adalah singkatan kepada Syarikat Bekerjasama Am Saiburi.Saiburi adalah nama Kedah dalam bahasa Siam namun maksud sebenarnya ialah “Sayang Akan Bangsa Redha Korban Apa Segala”.Beliau banyak melakukan kerja-kerja kebajikan semasa Tentera Jepun.

     Apabila Jepun menyerah kalah dan British mula memerintah.Tunku Abdul Rahman menyertai Kesatuan Melayu Kedah.Demi menyempurnakan cita-citanya menjadi seorang peguam,pada tahun 1947, Tunku Abdul Rahman ke England sekali lagi untuk menyambung pengajian undang-undangnya setelah tergendala selama 25 tahun.Pada tahun 1949,beliau lulus dari Cambridge Universiti dan ditauliahkan sebagai peguam.Sekembalinya ke tanah air,beliau bertugas sebagai Pendakwaraya di Perkhidmatan Kehakiman Kuala Lumpur.Semasa pemerintahan Jepun, Tunku Abdul Rahman telah diberi jawatan sebagai Penyelia Pelajaran Negeri Kedah.Di antara tahun 1947 hingga 1949 berlaku pergolakan politik yang hebat di Tanah Melayu.Pada masa itulah, Tunku Abdul Rahman kembali ke England untuk meneruskan pengajian perundangan di Inns of Court dan kembali ke tanah air dengan segulung Ijazah peguam dan harapan untuk mengembangkan dasar demokrasi.

      Pada masa itu, Tunku Abdul Rahman berumur 45 tahun dan telah pun berkahwin dengan Sharifah Rodziah Binti Syed Alwi Barakkah.Beliau dikurniakan 7 orang cahaya mata.Beliau pernah berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Meriam pada tahun 1933,tetapi malangnya Meriam meninggal dunia akibat demam malaria.Beliau juga pernah berkahwin dengan Violent Coulson pada tahun 1935,tetapi perkahwinan itu tidak berkekalan.Zaman pemerintahan Jepun telah melahirkan semangat kebangsaan di jiwa. Tunku Abdul Rahman adalah salah seorang yang hadir ke Kongres Melayu Malaya yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman pada tahun 1948.

     Pada tahun 1949, Tunku Abdul Rahman menjadi   Pengerusi UMNO bahagian negeri Kedah.Apabila Dato Onn Bin Jaafar meletak jawatan sebagai Presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman dipilih untuk mengisi kekosongan itu pada 26 Ogos 1951.Sejak mengambil alih jawatan Presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman telah mewujudkan kerjasama dengan MCA dan menubuhkan perikatan pada tahun 1952.Sejak itu,Perikatan tersebut menjadi satu dominan yang memperjuangkan kemerdekaan.

  


Sumbangan Tunku Abdul Rahman

          
            Sepanjang penglibatan Tunku Abdul Rahman dalam bidang politik,beliau banyak memberi sumbangan kepada bangsa dan negara.Beliau merupakan pembina bangsa dan cuba menyatupadukan rakyat Tanah Melayu yang berbilang kaum untuk menentang kerajaan British dan menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu.Demi perpaduan orang melayu,beliau sanggup menyuarakan bantahan terhadap Malayan union dan menghadiri perjumpaan-perjumpaan menentang Malayan Union di Alor Setar serta mengorbankan kerjayanya untuk mengambil alih teraju kepimpinan UMNO.Sebagai seorang tokoh yang berjaya,beliau turut dikenal sebagai bapa keamanan dan perpaduan kerana sikapnya yang cintakan keamanan dan perpaduan.Beliau sanggup menerima sebarang halangan dan cabaran demi perpaduan negara.Sebagai contoh,pada tahun 1955,Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri telah mewakili kerajaan British untuk menghadiri Rundingan Baling yang dianjurkan oleh pihak parti Komunis Malaya.Walaupun rundingan ini gagal,tetapi telah berjaya mencipta imej beliau sebagai pencinta kedamaian.                     
           Tunku Abdul Rahman akhirnya membuktikan beliau sebagai pemimpin Malaysia yang paling berjaya apabila beliau berjaya menyatukan rakyat Malaysia dan mencapai kemerdekaan bagi Tanah Melayu.Kejayaan beliau menunjukkan beliau sanggup berkorban untuk negara demi menyelesaikan masalah politik negara.Sumbangan beliau merupakan suatu pengorbanan yang tidak terkata nilainya dalam sejarah politik negara.
           Tunku Abdul Rahman banyak memberi sumbangan terhadap perkembangan agama Islam.Beliau banyak melibatkan diri dengan usaha-usaha mengasas pertandingan menbaca al-Quran.Beliau pernah menjadi Presiden PertubuhanKebajikan Islam Malaysia(PERKIM) apabila persatuan itu ditubuhkan pada 20 Ogos 1960.Atas kebolehan dan daya usaha gigihnya,beliau berjaya meletakkan PERKIM sebagai sebuah pertubuhan yang terkemuka yang dan dihormati oleh semua negara Islam.Beliau talah dilantik sebagai Setiausaha Agung Sekreteriat Negara-negara islam di Jeddah yang pertama pada 9 Jun 1970.Di bawah pimpinan beliau,pertubuhan ini berjaya menark lebih 41 buah negara Islam menyertainya.Selepas bersara,beliau masih aktif dalam menyumbangkan tenaga demi perkembangan islam.Pada 18 januari 1980,Beliau telah dilantik menjadi Presiden Regional Islamic Council for Southeast Asia and The Pacific(RISEAP) yang pertama oleh perwakilan di persidangan Negara-Negara Islam.
             Segala jasa dan sumbangan yang beliau curahkan akhirnya membolehkan beliau mendapat penghargaan dari negara Pakistan dengan Anugerah hadiah Hijrah padabulan MAC 1983,dan Anugerah AL-Malik Faisal dari negara Arab Saudi pada tahun yang sama.
            Tunku Abdul Rahman adalah seorang pejuang islam yang sangat berjaya.Taraf beliau selaku tunggak atau teraju utama sudah mampu membuktikan betapa berat tugas dan tanggungjawabnya.Dari sini,beliau telah banyak membawa manfaat pada perkembangan Islam.
            Tunku Abdul Rahman adalah seorang pejuang kemanusiaan yang tulen.Beliau juga seorang putera yang berjiwa rakyat.Ini terbukti apabila beliau sanggup menghantar misi pendamai dan keamanan ke Congo,Afrika yang dilanda peperangan saudara pada tahun 1961.Sebagai pemimpin PERKIM,beliau berusaha memberi bantuan kepada pelarian Kemboja yang memasuki Malaysia melalui kelantan pada tahun 1975.Dengan bantuan Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu,beliau menempatkan seramai 4,5000 orang pelarian di Pangkalan Chepa dan Cherating.Beliau telah membenarkan PERKIM cawangan kedah Darul Aman untuk menggunakan tanah kepunyaannya bagi mendirikan rumah anak-anak yatim dan orang-orang tua.Bangunan ini kemudian diberi namaDarul Aitam Wal Masakin Tunku Abdul Rahman Putra.
             Tunku Abdul Rahman memang terkenal sebagai dermawan bukan sahaja di tanah airnya malah di kalangan negara-negara yang lain.Jelas terbukti bahawa beliau adalah seorang insan yang humanis.Beliau senantiasa bersedia untuk memberi bantuan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa,agama,dan negara.Jasa dan usaha beliau yang tidak kenal putus asa akan senantiasa dikenang oleh semua rakyat Malaysia selama-lamanya.





Thursday, November 25, 2010