Friday, November 26, 2010

Latar Belakang Tunku Abdul Rahman




      Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan seorang putera raja yang telah menyalurkan tenaganya ke arah
mencapai kemerdekaan dan keharmonian Negara.Beliau lahir pada 8 Februari 1903 di Istana Tingkat Tiga,alor setar,kedah.Beliau merupakan putera Sultan Abdul Halim Halimshah Sultan Kedah yang ke-24.Ketika itu Kedah adalah sebuah negeri dibawah naungan Siam.Beliau adalah anakanda kepada Sultan Kedah,Sultan Abdul Hamid Shah.Ibunya bernama Cik Manjalarn,merupakan seorang puteri Ketua Negeri Mataban iaitu jajahan Siam.Penglibatan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam parti UMNO membawa kepada perlantikan sebagai Perdana Menteri pertama selepas kemerdekaan dari 1957 hinggalah beliau bersara pada tahun 1970.

       Pendidikan formal Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bermula ketika 6 tahun di Sekolah Melayu dan seterusnya di Sekolah Inggeris Kerajaan yang kini dikenali sebagai kolej Sultan Abdul Halim.Kemudian Tunku Abdul Rahman dihantar belajar di Siam iaitu Sekolah Debsirinder,Bangkok ketika berusia 12 tahun.Apabila kekandanya Tunku Yusuf yang menjaganya di Bangkok telah mangkat,beliau berpindah ke Penang Free School,Pulau Pinang pada tahun 1915.Pada tahun 1919, Tunku Abdul Rahman telah dikurniakan hadiah pelajaran negeri Kedah untuk ke England dan beliau telah menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera [sejarah] dari St Catherine’s College Universiti,Cambridge pada tahun 1925. Tunku Abdul Rahman dianggap anak melayu pertama lulus Universiti di England.

      Selepas itu, Tunku Abdul Rahman meneruskan pengajiannya dalam bidang perundangan di Luner Temple,England.Semasa berada di situ,beliau terasa dengan pandangan penjajah terhadap bangsa yang dijajah.Pandangan rendah mereka terhadap bangsa yang dijajah ini mendorongnya penubuhan “Persatuan Anak-Anak Melayu Great Britain” pada tahun 1927.Persatuan ini bertujuan untuk menyatupadukan pelajar-pelajar Melayu di sana serta menyemaikan semangat kemerdekaan.Beliau juga telah menyertai “Majlis” iaitu sebuah persatuan pelajar India-Muslim yang melaung-laungkan sentiment anti penjajah British.Di sinilah beliau mula berjinak dalam bidang politik apabila menubuhkan Kesatuan Melayu Great Britian dan beliau juga menjadi setiausaha yang pertama.Walaubagaimanapun,beliau gagal dan pulang ke tanah air.

      Sekembalinya ke tanah air pada tahun 1931,beliau memasuki Perkhidmatan Awam Negeri Kedah dan pernah berkhidmat sebagai Pegawai Daerah di beberapa tempat iaitu di Kula Muda,Padang Terap,Kuala Nerang,Pulau Langkawi dan Kulim.Pada tahun 1938,sekali lagi beliau mengikut khusus undang-undang namun pengajiannya terbantut apabila meletusnya Perang Dunia ke-2. Tunku Abdul Rahman kembali ke tanah air dan bergiat cergas dalam SABERKAS.SABERKAS adalah singkatan kepada Syarikat Bekerjasama Am Saiburi.Saiburi adalah nama Kedah dalam bahasa Siam namun maksud sebenarnya ialah “Sayang Akan Bangsa Redha Korban Apa Segala”.Beliau banyak melakukan kerja-kerja kebajikan semasa Tentera Jepun.

     Apabila Jepun menyerah kalah dan British mula memerintah.Tunku Abdul Rahman menyertai Kesatuan Melayu Kedah.Demi menyempurnakan cita-citanya menjadi seorang peguam,pada tahun 1947, Tunku Abdul Rahman ke England sekali lagi untuk menyambung pengajian undang-undangnya setelah tergendala selama 25 tahun.Pada tahun 1949,beliau lulus dari Cambridge Universiti dan ditauliahkan sebagai peguam.Sekembalinya ke tanah air,beliau bertugas sebagai Pendakwaraya di Perkhidmatan Kehakiman Kuala Lumpur.Semasa pemerintahan Jepun, Tunku Abdul Rahman telah diberi jawatan sebagai Penyelia Pelajaran Negeri Kedah.Di antara tahun 1947 hingga 1949 berlaku pergolakan politik yang hebat di Tanah Melayu.Pada masa itulah, Tunku Abdul Rahman kembali ke England untuk meneruskan pengajian perundangan di Inns of Court dan kembali ke tanah air dengan segulung Ijazah peguam dan harapan untuk mengembangkan dasar demokrasi.

      Pada masa itu, Tunku Abdul Rahman berumur 45 tahun dan telah pun berkahwin dengan Sharifah Rodziah Binti Syed Alwi Barakkah.Beliau dikurniakan 7 orang cahaya mata.Beliau pernah berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Meriam pada tahun 1933,tetapi malangnya Meriam meninggal dunia akibat demam malaria.Beliau juga pernah berkahwin dengan Violent Coulson pada tahun 1935,tetapi perkahwinan itu tidak berkekalan.Zaman pemerintahan Jepun telah melahirkan semangat kebangsaan di jiwa. Tunku Abdul Rahman adalah salah seorang yang hadir ke Kongres Melayu Malaya yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman pada tahun 1948.

     Pada tahun 1949, Tunku Abdul Rahman menjadi   Pengerusi UMNO bahagian negeri Kedah.Apabila Dato Onn Bin Jaafar meletak jawatan sebagai Presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman dipilih untuk mengisi kekosongan itu pada 26 Ogos 1951.Sejak mengambil alih jawatan Presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman telah mewujudkan kerjasama dengan MCA dan menubuhkan perikatan pada tahun 1952.Sejak itu,Perikatan tersebut menjadi satu dominan yang memperjuangkan kemerdekaan.

  


3 comments: